Revolusi penjagaan obesiti dan diabetes dalam komuniti bersama-sama


Roczen Universal merupakan intervensi kesihatan digital yang direka khas untuk membantu anda mengawal obesiti dan kencing manis jenis 2.
[Sistem Pembaharuan] Roczen Universal sedang dalam penyelenggaraan sementara kami membawakan anda ciri-ciri baru yang menarik.

Kenali Roczen Universal

Satu program kesihatan dalam talian oleh Reset Health secara percuma, memfokuskan obesiti dan kencing manis, secara usahasama bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



Kebaikan Menyertai.

Akses kepada sumber dipilih susun pakar kesihatan untuk memampankan perubahan gaya hidup sihat anda

Akses kepada doktor dan Pasukan Kesihatan Metabolik melalui Forum Komuniti

Acara langsung - sihat, segak dan sejahtera sebagai satu komuniti

Pantau tahap kesihatan anda secara dalam talian melalui Dashboard

Menangi hadiah menarik dalam masa yang sama

Apa Yang Anda Perlukan

Internet untuk anda akses laman web Roczen Universal

Motivasi untuk jadi lebih sihat

Kumpulan Penilaian Program (Programme Evaluation Group - PEG)

Sertai Kumpulan Penilaian Program untuk menyumbang ke arah kebaikan bersama!

Faedah PEG

Menjadi penyumbang aktif dalam program kesihatan awam yang pertama seumpamanya di Malaysia

Akses kepada doktor dan pasukan Roczen sepanjang tempoh program

Pemantauan berkala percuma indeks jisim badan (BMI), ukurlilit pinggang, tekanan darah dan HbA1c

Perolehi ganjaran bila anda berubah jadi lebih sihat

Komitmen peserta PEG

Bersedia mengikuti program ini selama tempoh 1 tahun

Sertai acara komuniti "live" Roczen Universal dan rekodkan maklumat kesihatan anda dengan pasukan kami

Reset kesihatan anda bersama kami

Lihat Soalan Lazim untuk maklumat lanjut tentang kriteria PEG

Acara Roczen Universal HealthFeast
Terima kasih Gombak Setia kerana memeriahkan Acara Roczen Universal Healthfest!. Jumpa lagi di acara seterusnya!

Pendaftaran

Sebelum mendaftar, ketahui perkara-perkara ini

Roczen Universal terbuka kepada semua. Jika anda penduduk Gombak, anda berpeluang untuk sertai Kumpulan Penilaian Program (PEG). Nyatakan minat anda dalam proses pendaftaran dan pasukan kami akan hubungi anda

Program ini ditujukan buat orang dewasa. Namun, perubahan positif dengan mengikuti program Roczen Universal boleh merangkumi seluruh ahli keluarga, termasuklah kanak-kanak

Jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, kami syorkan agar anda berjumpa dengan doktor anda sebelum melakukan intervensi gaya hidup dalam Roczen Universal

Obesiti bukan terjadi semata-mata akibat makan berlebihan dan kurang bergerak, tetapi adalah satu masalah kesihatan yang kompleks dan kronik, yang turut dipengaruhi faktor genetik, alam sekitar dan sosial. Obesiti berlaku apabila berat badan adalah berlebihan, dan boleh meningkatkan risiko untuk pelbagai penyakit lain seperti diabetes, masalah jantung dan kanser. 

Anda tidak perlu membuat sebarang bayaran. Roczen Universal didatangkan percuma oleh Reset Health dengan usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia.

Roczen Universal terbuka kepada semua.

Peserta program akan mendapat akses kepada pelbagai sumber kesihatan untuk membantu peserta memantapkan proses membuat pilihan gaya hidup sihat, ke arah pengawalan berat badan dan paras gula yang lebih ideal. Dalam pengalaman kami, tahap kesihatan individu yang berjaya "reverse" obesiti dan diabetes biasanya berubah ke arah yang lebih baik.

Sila dapatkan nasihat doktor anda sebelum melakukan perubahan gaya hidup. Jika anda rasa tidak sihat semasa percubaan perubahan gaya hidup, jumpalah doktor anda.

Program Roczen adalah program pengurusan gaya hidup yang intensif dan berbayar, yang merangkumi konsultasi doktor bulanan dan bimbingan mentor, untuk individu atau pesakit yang dirujuk oleh doktor mereka. Program ini juga terbuka kepada staf dari organisasi di mana kosnya ditanggung oleh majikan di bawah budget kesihatan syarikat atau melalui skim HRDCorp-Claimable SBKL-Khas.


Manakala Roczen Universal adalah sentuhan yang lebih ringan berasaskan program Roczen, yang disampaikan secara digital kepada komuniti Gombak secara percuma.

PEG adalah kumpulan khas peserta Roczen Universal dari daerah Gombak yang akan menjalani pemantauan berat badan, BMI, ukurlilit pinggang, tekanan darah dan paras HbA1c berkala dalam tempoh 1 tahun. 


Data peserta adalah rahsia and laporan akan dibuat berdasarkan keputusan keseluruhan untuk menilai program Roczen Universal. Maklumat anda selamat di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Ya, ada beberapa syarat penyertaan bagi membolehkan kami menjalankan kajian yang kukuh. Kriteria utama adalah anda merupakan seorang dewasa, menetap di Gombak dan mempunyai masalah obesiti. Nyatakan minat anda dalam proses pendaftaran dan pihak kami akan hubungi anda untuk maklumat lanjut. 


Penyertaan PEG juga tertakluk kepada beberapa syarat lain di mana sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan lain (dengan memilih Ya sebagai jawapan kepada mana-mana soalan berkenaan kesihatan anda semasa penyertaan, anda berpotensi tidak dimasukkan ke dalam kumpulan PEG. 

Tujuan utama PEG adalah untuk membuktikan keberkesanan program Roczen Universal dalam tempoh satu tahun. Anda digalakkan untuk mengikut nasihat perubahan gaya hidup oleh pasukan kami.

Ya, semua peserta PEG perlu hadiri kesemua 5 acara Roczen Universal yang akan berlangsung di Gombak, kerana ukuran biometrik and ujian darah akan dijalankan di acara-acara tersebut.

Peserta PEG boleh lakukan ujian darah HbA1c di acara komuniti kami.

Pihak Reset Health akan menanggung kos ujian darah HbA1c yang diambil pada permulaan, bulan ke-6 dan bulan ke-12 program untuk peserta PEG di acara komuniti. Namun, jika anda tidak dapat hadiri acara tersebut, anda boleh lakukan ujian tersebut di klinik pilihan anda, di mana kos adalah di bawah tanggungan anda. Kami terima keputusan HbA1c yang disahkan oleh makmal.

Ya, data kesihatan anda akan dipaparkan pada Dashboard anda dalam laman web Roczen Universal.

Kami berharap anda dapat meneruskan program ini untuk menikmati ganjaran kesihatan dan manfaat lain. Namun, jika anda ingin menarik diri dari program ini, sila hubungi kami untuk langkah seterusnya.

Penafian: Jika anda berasa tidak sihat semasa mengikuti program ini sila dapatkan nasihat doktor anda

Jika anda perlukan bantuan lanjut

Hubungi kami melalui

Hakcipta Terpelihara © 2025 Reset Health (M) Sdn Bhd.